1. abdi, budak belian, sahaya;
2. saya (untuk merendahkan diri):
~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura;
tuan ~ (sebagai menghormati orang yang dilawan bercakap) tuan;
3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dan sebagainya);
4. (Komputer) peranti yang dikuasai atau dikawal oleh peranti lain;
~ Allah manusia;
~ bas (Komputer) peranti yang ditetapkan untuk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yang bertindak sebagai pengawal bas dalam komputer;
~ hukum [Indonesia] polis;
~ raja
a) abdi raja;
b) bentara raja;
~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba;
~ seks perempuan yang dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki;
~ tebusan budak belian;
~ tuan saya (untuk merendahkan diri);
berhamba
1. memiliki (mempunyai) hamba:
ia ~ dua orang;
2. menjadi hamba (abdi):
mereka datang menyerahkan diri kepada baginda dan ~ kepadanya;
3. menyebut dirinya hamba:
ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap;
4. bersama-sama dengan hamba:
dibawa lari periuk nasi itu lima ~;
menghamba, menghambai mengabdi (kepada):
kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri;
menghambakan
1. menjadikan hamba:
ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang;
penghulu itu ~ orang kampung;
2. memperhambakan;
memperhamba memperlakukan sebagai hamba;
memperhambai mengabdi kepada;
memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada, mengabdikan:
ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kepada laki-laki itu;
diperhamba = yang ~ hamba tuan(ku), patik, saya:
yang titah itu atas kepala patik yang ~;
kehambaan keadaan menjadi hamba:
syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kepada Allah;
perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan:
Islam sama sekali tidak menggalakkan ~;
penghambaan perihal atau perbuatan menghamba.