halang

menghalangi, menghalang-halangi, menghalang merintangi, menahan, menyekat menegah:
beting pasir ~ air mengalir ke laut;
kerana banyak sangat perkara yang menghalang maka pertemuan itu ditangguhkan;

menghalangkan meletakkan sesuatu melintang;

terhalang mendapat rintangan (halangan dan lain-lain), tertahan (tertegah, terganggu, terhambat):
pembinaan jalan ~ kerana musim hujan;

halangan
1. aral, gangguan, rintangan, tegahan:
biasanya yang menjadi ~ dalam menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas;

2. baluk (batang kayu dan lain-lain) yang merintangi jalan, sungai dan lain-lain, beting pasir yang melintang di kuala sungai:
segala ~ di jalan telah dimusnahkan;

berhalangan
1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yang menghalang (seseorang dan lain-lain):
jika tidak ~, esok saya akan datang;

2. sedang dalam keadaan berselisih (bermusuhan);

penghalang sesuatu (alat atau orang) yang menghalang, penyekat, perintang, dan lain-lain:
anak-nyalah yang menjadi ~;
batu ~
sesuatu yang menjadi perintang.

berkongsi