1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum:
~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dengan berbagai-bagai bentuk dan corak;
2. aneh, ajaib, pelik, ganjil:
~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kepada masalah itu dengan begitu pantas;
~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh;
menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi:
sekali lagi ia ~ segala apa yang hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu;
menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil):
kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~;
keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~;
terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan):
berdirilah dia di situ ~;
kehairanan
1. = kehairan-hairanan dalam keadaan hairan, sangat hairan:
dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dalam ~ di hadapan mereka;
2. keanehan, kepelikan, keganjilan:
~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila.