gula I

benda manis yang dibuat daripada pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (seperti tebu, kelapa, anggur, dan lain-lain);
~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yang digunakan untuk membuat aising;
~ anggur gula daripada buah anggur;
~ aren (enau, kabung) gula daripada nira enau;
~ batu (buku) gula yang berketul-ketul;
~ bit gula yang terdapat daripada ubi bit putih;
~ demerara gula tebu berwarna perang muda yang datangnya dari Demerara;
~ ganting gula kasar;
~ getah manisan yang dicampur getah (karet) untuk dikunyah;
~ kastor gula putih yang sangat halus;
~ kuning
gula pasir yang berwarna kemerah-merahan;
~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula daripada nira kelapa;
~ merah
a) gula pasir merah;
b) gula enau (kabung);
~ pasir (putih) gula halus seperti pasir dibuat daripada air tebu;
~ ringkas gula dalam bentuk ringkas seperti glukosa, fruktosa, galaktosa;
~ tarik sejenis manis-manisan daripada gula;
~ tebu gula daripada tebu;
penyakit ~ kencing manis;
ada ~ ada semut (peribahasa) di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul;
hitam-hitam ~ jawa (peribahasa) [Jakarta] dikatakan kepada perempuan yang hitam kulitnya tetapi manis rupanya;
semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya (peribahasa) kata-kata yang lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat;
umpama ~ di dalam mulut (peribahasa) pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai);

gula-gula
1. bermacam-macam manisan dibuat daripada gula;
~ getah sejenis gula-gula bergetah dan berperisa untuk dikunyah-kunyah sahaja;

2. [bahasa percakapan] sesuatu yang menyukakan hati;

3. [bahasa percakapan] gundik, perempuan untuk bersuka-suka;

menggula, menggula-gula [bahasa percakapan] mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) untuk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yang muluk-muluk terhadap seseorang untuk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu:
bijak sungguh orang tua yang berasal dari Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya;

menggulai memberi bergula pada, membubuh gula pada;

menggulakan menjadikan (kata-kata, percakapan, dan sebagainya) manis dan muluk-muluk untuk memperdaya seseorang atau untuk mendapatkan sesuatu.

berkongsi