gugat I

menggugat
1. mendakwa, mengadukan (perkara) kepada mahkamah;
~ pusaka mengadukan perkara pusaka kepada mahkamah;

2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yang sudah-sudah, mengkritik dengan keras, mencela, membantah, menyanggah:
ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji;

gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan;

tergugat digugat:
ketenteraman masyarakat telah ~;

penggugatan perihal atau perbuatan menggugat;

penggugat orang yang menggugat.

berkongsi