gigi I

1. struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dan lain-lain);

2. [kiasan] benda yang bentuknya seperti gigi:
~ sikat (gergaji dan lain-lain);
~ kikir;

3. [kiasan] tepi, pinggir;
~ anjing (asu) siung, taring;
~ asmaradanta gigi yang putih seperti gading;
~ air tepi air laut dan lain-lain;
~ batu = ~ buatan gigi palsu;
~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yang akan berganti;
~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis;
~ bongsu = ~ muda gigi geraham yang akhir sekali tumbuhnya;
~ geligi [Indonesia] selengkap gigi;
~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh);
~ hutan tepi hutan;
~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu);
~ kacip salah satu daripada lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yang berfungsi untuk memotong (mengacip) makanan dan sebagainya;
~ kapak gigi hadapan yang besar sekali;
~ kekal gigi yang tidak akan berganti lagi;
~ manis = ~ seri gigi kacip;
~ palsu gigi tiruan yang menggantikan gigi sebenar (asli);
~ parang-parang gigi yang berbentuk kecil-kecil dan runcing;
~ penolak perkakas mesin jahit yang menyorong kain jahitan;
~ rambut tepi rambut di kepala;
~ sambut (disebut kalau) gigi pada rahang bawah di luar gigi rahang atas;
~ sayap kumbang gigi yang berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat);
~ sulung gigi yang mula-mula tumbuh;
lunak ~ daripada lidah ki sangat lemah lembut;
~ dengan lidah ada kala tergigit juga (peribahasa) suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah);
~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) (peribahasa) keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi;
tinggal ~ dengan lidah sahaja (peribahasa) habis segala harta;

bergigi mempunyai gigi;
tidak ~
a) tidak mempunyai gigi;
b) tidak berkuasa;
belum ~ hendak mengunyah (peribahasa) hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi;
belum ~ sudah hendak menggigit (peribahasa) hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan;
mengunyahkan orang ~ (peribahasa) mengajar orang yang sudah tahu;

kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dalam rongga mulut:
pemilihan berus gigi bergantung pada keadaan ~ seseorang;

pergigian perihal gigi:
formula ~ binatang mengerip;
Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~;
Fakulti P~;

penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi.

berkongsi