1. cairan pekat yang keluar dari bermacam-macam pokok:
~ jelutung;
~ rambung;
2. = susu ~ = ~ susu cairan yang keluar dari pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya;
3. bahan kenyal atau memberi yang dibuat daripada susu getah dan lain-lain;
~ pemadam = ~ penggosok;
kasut ~;
tikar ~;
4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~;
menanam ~;
5. [Indonesia] zat cair dari kelenjar tubuh:
~ bening;
~ lambung;
~ asap kepingan getah yang sudah diasap;
~ asli = ~ alam getah yang berasal daripada pokok para;
~ bening [Indonesia] zat cair daripada darah yang mengandungi zat makanan;
~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yang sudah keras;
~ gebu getah yang berupa span (bunga kerang);
~ kahwin pokok getah yang diperoleh dengan jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yang berlainan jenis;
~ keping getah yang berupa kepingan;
~ kerip getah keping yang menggerutu;
~ kilangan getah yang telah diproses di kilang;
~ lambung [Indonesia] zat cair dalam perut untuk pencernaan makanan;
~ serbuk getah yang berupa serbuk;
~ span = ~ busa getah yang dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan untuk membuat tilam dan kusyen;
~ taban = ~ perca getah daripada pokok dalam famili Sapotaceae, terutama daripada taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan untuk membuat bahan penebat kabel;
~ tiruan = sintetik getah yang dibuat daripada campuran bahan kimia yang cirinya (seperti kekenyalan dan lain-lain) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan untuk membuat paip, tayar, dan lain-lain;
~-~ dibawa ke lalang (peribahasa) orang yang pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yang bergaul dengannnya;
~-~ dibawa ke semak (peribahasa) perkara yang semakin kusut;
~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga (peribahasa) anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara;
~ terbangkit, kuaran tiba (peribahasa) salah langkah (untuk mencari keuntungan);
berseleleran bagai ~ di lalang (peribahasa) percakapan yang tidak berkesudahan dan tidak beraturan;
ditakik ~ di daun (peribahasa) hidup melarat;
tak sama ~ daun dengan ~ batang (peribahasa) kasih kepada anak kandung tidak sama dengan kasih kepada anak saudara;
tak sungguh ~ daun, yang sebenarnya ~ batang (peribahasa) sejahat-jahat saudara kandung, lebih baik juga daripada kerabat yang lain;
bergetah
1. mempunyai (mengandungi) getah:
pokok itu ~;
2. lekat, melekat:
badannya ~ kerana berpeluh;
3. mencari getah (di hutan);
4. [kiasan] menarik dan menggiurkan (berkenaan (dengan) bentuk badan wanita), seksi:
dia kelihatan berkepit dengan wanita baru yang ~ itu;
~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dan lain-lain);
menggetah
1. mencari getah:
kawan-kawannya ~ ke hutan;
2. menangkap (burung dan lain-lain) dengan getah:
~ punai;
3. menjadi seperti getah;
~ bawang ki perkataan dan lain-lain yang menyakitkan hati;
niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit (peribahasa) lain yang dihajati, lain yang diperoleh;
tergetah terkena getah.