1. ingatan, angan-angan, akal:
~ itu pelita hati;
daya ~ daya atau keupayaan (untuk) berfikir;
~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik);
tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu);
ahli ~ ahli falsafah;
2. anggapan, pendapat, sangka, kira:
pada ~nya, tidak akan kita datang;
~ku sangkaku, pada sangkaanku;
berfikir menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu dan sebagainya), mempertimbangkan (dalam ingatan):
ia ~ bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya;
ia pun ~ lalu berkata;
~ panjang mempertimbangkan baik-baik;
berfikir-fikir berfikir dengan mengambil kira berbagai-bagai faktor dengan agak lama, misalnya untuk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dan sebagainya:
Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yang harus dihubunginya;
berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;
memikir
1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu:
ia kelihatan mengeruntukan kening seolah-olah ~ sesuatu;
2. menyangka, menganggap:
apa yang kau fikir tidak aku tahu persoalannya;
memikiri memikir;
memikirkan
1. menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dalam fikiran):
Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu;
mereka yang bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini;
2. mengenangkan:
aku banyak ~ masa depanku;
3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting:
kalau jadi ia berkahwin dengan gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;
memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dengan mengambil kira berbagai-bagai faktor dengan agak lama, misalnya untuk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dan sebagainya:
sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain;
terfikir teringat, termasuk akal, tersangka:
tidak ~ pada diriku kejadian seperti ini akan menimpanya;
fikiran
1. daya berfikir, akal, ingatan;
hilang ~ hilang akal;
kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal;
sakit ~ gila;
2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat:
itu bukan ~nya sendiri;
apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu;
mendapat ~ mendapat muslihat;
3. niat, cita-cita, angan-angan:
tidak ada ~ hendak bekerja;
4. perhatian, minat:
sangat sedikit ~nya pada pelajaran;
menaruh ~ menaruh perhatian;
sefikiran sependapat, sefaham;
berfikiran mempunyai fikiran (akal dan lain-lain);
pemikiran perihal berfikir (memikir):
bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sebagai alat perkembangan ~ bangsa Melayu;
~ lateral cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan;
pemikir orang yang berfikir, ahli fikir.