1. maksud yang terkandung dalam sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dan lain-lain), makna:
kata pekerja telah digunakan sebagai pengganti kata kuli pada zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dalam masyarakat bahasa Indonesia;
2. [kiasan] guna, faedah, kepentingan:
lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kepada penghidupan kita sekarang;
~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif;
~ kiasan erti yang dilambangkan (bukan erti yang biasanya atau sebenarnya);
~ (yang) mendatang erti lain yang terbit daripada sesuatu makna asal;
seerti serupa atau sama ertinya;
kata ~ kata yang ertinya sama atau hampir-hampir sama dengan kata (kata-kata) yang lain;
bererti
1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna:
seringkali apa yang diucapkannya tidak ~ sama sekali;
2. ertinya, bermakna, bermaksud:
ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dalam pertubuhan dunia itu;
3. berguna, berfaedah, mustahak, penting:
bagi kita yang sudah lama menderita ini, bantuan yang sebanyak itu tidak ~ langsung;
4. sebenarnya, sama halnya dengan:
membiarkan sahaja kampung yang dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kepada anasir jahat;
keberertian keadaan bererti:
~ sosial daripada iltizam mereka yang sentiasa berubah;
mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain) yang terkandung (dalam perkataan, ucapan, perbuatan, dan lain-lain):
ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yang dilihatnya;
dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya):
buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi untuk ~ akan isinya;
mengertikan
1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan:
batu nisan itu mempunyai tulisan yang tidak dapat diertikan;
maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai;
kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju;
2. membuat atau menjadikan (orang dan lain-lain) mengerti;
ertian tafsiran;
pengertian
1. fahaman, tanggapan (gambaran) berkenaan sesuatu:
kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dalam kira-kira;
2. erti, gagasan, idea, konsep:
mengikut ~ sains, istilah pernafasan itu meliputi segala proses mengubah tenaga;
3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi):
tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~;
4. penerangan, penjelasan:
perkataan baik digunakan untuk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.