mengeram
1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (berkenaan (dengan) ayam dan sebagainya):
hanya ayam betina sahaja yang ~;
2. duduk mengendap (seperti harimau, kucing, dan lain-lain yang hendak menangkap mangsanya);
3. [kiasan] selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja:
kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang;
4. [Minangkabau] lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dan lain-lain);
selama enggang ~ (peribahasa) terlalu lama;
mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur);
~ telur orang (peribahasa) mengahwini perempuan yang telah mengandung;
seumpama telur sesarang dierami induknya (peribahasa) perihal anak-anak yang sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yang saksama;
mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dengan mengerami);
pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;
pengeram = mesin ~ sejenis alat yang mengeluarkan haba untuk menetaskan telur.