sejenis tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera;
~ memanjat (mencari) sigai (peribahasa) perempuan mendapatkan (mencari) lelaki;
~ sebatang dua sigainya (peribahasa)
a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya;
b) seorang perempuan yang menduakan suami;
bagai ~ dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (peribahasa) tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja;
mati ~ tinggal di rimba (peribahasa) jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi.
berkongsi