embun

1. wap air yang turun pada waktu malam (kerana sejuk);

2. wap air yang telah mengendap menjadi titik-titik (pada daun dan lain-lain);
~ asap kabus atau embun halus seperti asap pada malam hari;
~ betina = ~ rintik embun yang kecil-kecil titiknya;
~ jantan = ~ lebat embun yang besar titiknya;
~ pagi kabut pada waktu pagi;
kering ~ waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi);
seperti ~ di hujung rumput (peribahasa) tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dan lain-lain);
seperti ~ di atas daun (peribahasa) selalu berubah (maksud, niat, tujuan);

berembun
1. diliputi embun, disaput embun:
rambutnya masih ~;

2. tidur di luar rumah dan lain-lain (pada malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dan lain-lain pada malam hari (hingga kena embun):
ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam;

mengembun
1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yang halus:
malam sudah sejuk dan udara mulai ~;

2. seperti embun, menyerupai embun;

mengembuni mengenai sesuatu dengan bertitik-titik:
air matanya ~ gambar suami yang terletak di depannya;

mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun:
~ mengkuang pada waktu malam.

berkongsi