elaun

bayaran yang diberikan kepada seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas):
~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan;
~ anak
elaun untuk dibelanjakan ke atas anak;
~ bermalam elaun yang diberikan kerana terpaksa bermalam di sesuatu tempat (kerana menjalankan tugas);
~ buku elaun untuk membeli buku;
~ harian elaun yang diberikan kepada pegawai kerajaan yang bertugas di luar ibu pejabatnya bagi tempoh yang melebihi lapan jam tetapi kurang daripada 24 jam;
~ hitungan batu elaun perjalanan yang dikira mengikut jauh perjalanan (dengan kereta);
~ keraian elaun untuk atau kerana meraikan seseorang;
~ kerja malam elaun kerana kerja yang terpaksa dilaksanakan pada malam hari;
~ lebih masa elaun kerana kerja yang terpaksa dilaksanakan di luar masa pejabat;
~ luar negeri = ~ seberang laut elaun kerana bekerja di luar negeri;
~ makan elaun untuk perbelanjaan makan;
~ pakaian elaun untuk membeli pakaian tertentu;
~ pemangku elaun yang diberikan kerana memangku sesuatu jawatan;
~ perjalanan elaun untuk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yang menjalankan tugas rasmi;
~ perumahan elaun untuk membayar sewa rumah dan sebagainya;
~ sara hidup elaun yang diberikan kepada pekerja sebagai tambahan kepada gajinya untuk menampung perbelanjaan hariannya;
~ susah payah elaun kerana terpaksa menghadapi kesusahan sewaktu menjalankan tugas;
~ tanggungan kerja elaun yang diberikan kerana melaksanakan kerja dan tanggungjawab petugas atau jawatan lain di samping menjalankan tugas asasi seseorang.

berkongsi