1. bahagian yang di belakang sekali pada tubuh binatang (biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan):
~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung;
burung merak mempunyai ~ yang cantik;
2.
a) penjodoh bilangan untuk binatang:
dua ~ burung punai;
empat ~ lembu;
b) [bahasa kasar] penjodoh bilangan untuk anak:
anak empat ~ tu, siapa yang menjaganya?
3. sesuatu yang menyerupai ekor:
~ layang-layang itu gunanya ialah supaya layang-layang itu tidak terjal;
4. bahagian yang paling belakang (pada perarakan dan lain-lain):
~ perarakan itu baru saja lalu di sini;
5. [bahasa kasar] pengikut, penganut;
6. = ekoran akibat (perkembangan dan sebagainya) daripada sesuatu peristiwa dan lain-lain, lanjutan:
perbincangan kali ini sebenarnya ialah ekoran daripada ceramah yang kita dengar dahulu;
tindakan yang buruk seperti itu takkanlah tidak ada ~nya nanti;
~ belangkas
a) bayonet yang rupanya seperti ekor belangkas;
b) cucuk sanggul yang rupanya seperti ekor belangkas;
~ buaya sejenis alat yang digunakan untuk membuat keris;
~ cicak rambut yang berjuntai di antara telinga dan pipi;
~ kuda (fesyen) rambut perempuan yang diikat dan berjuntai di belakang seperti ekor kuda;
~ lipas rambut pada lubang tengkuk;
~ lotong sejenis meriam kecil yang hujungnya (pada bahagian belakangnya) seperti ekor lotong;
~ mata sudut mata kiri (kanan) yang di sebelah luar;
~ negeri hujung kampung yang di sebelah hilir;
~ pipi bahagian pipi yang di bawah sekali;
~ pulau hujung pulau yang di sebelah hilir;
~ tikus kikir yang panjang dan bulat (tidak bersegi);
~ anjing beberapa pun diurut akan dia, tiada juga betul = lurus-lurus ~ anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya = habis sepasu minyak ~ anjing, tidak akan lurus = hendak meluruskan ~ anjing (peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu bagaimanapun hendak diperbaiki tetap jahat juga;
bagai lintah dipotong ~ (peribahasa) sesuatu yang dilakukan dengan pantas;
tiada tentu ~ kepala (peribahasa) rupa orang yang gemuk dan buruk;
berekor
1. mempunyai ekor, ada ekor;
2. [kiasan] berterusan akibatnya (kesannya dan sebagainya), berpanjangan, berlanjutan:
baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dalam mahkamah;
berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang, berlarut-larut:
kesal yang dirasa di hatinya ~ pula;
berekoran ~ daripada terbit atau berlaku sebagai perkembangan daripada sesuatu peristiwa, perkembangan, dan sebagainya yang telah berlaku, lanjutan daripada;
mengekor
1. bergayut (bergantung) seperti ekor;
2. mengikut:
Cikgu Midah ~ di belakangnya;
3. mengikut atau menurut(i) sahaja (sesuatu yang dilakukan oleh seseorang), meniru:
penulis kita ~ sahaja, menurut jalan yang sudah ditebang dan ditebas oleh tokoh-tokoh sastera yang lain;
kami angkatan baru pantang ~;
mengekori mengikut(i) atau menyertai dari belakang:
Leman hanya membuntut orang tua itu seperti anak manja ~ ibunya;