1. utusan:
raja ~ [sastera lama] ketua utusan;
2. = ~ besar pegawai diplomatik yang tertinggi pangkatnya yang dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing untuk tinggal menetap di sana (selama beberapa tahun) sebagai wakil kerajaannya;
3. wakil yang dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dan sebagainya) ke negara asing (mis untuk menggalakkan pelancongan, pelaburan, dan sebagainya):
kumpulan kebudayaan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dihantar ke Paris sebagai ~ penggalakan pelancongan ke Malaysia;
~ kecil kanak-kanak yang dihantar ke luar negeri sebagai duta (untuk menggalakkan pelancongan dan sebagainya);
~ pengembara [Indonesia] wakil negara yang pergi ke negara-negara lain untuk menguruskan sesuatu hal;
kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas:
di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yang terbesar sekali;
perdutaan [arkaik] perutusan ke luar negeri;
peduta, penduta [arkaik] [sastera lama] timbalan (penolong) ketua dalam sesuatu utusan:
apa nama raja dutanya dan siapa ~nya?