doktor

1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan:
lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London;

2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pengajian:
~ Bahasa dan Kesusasteraan;
~ ilmu hukum;
~ bedah
doktor yang berkelayakan untuk melakukan pembedahan;
~ falsafah ijazah yang tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor;
~ gigi doktor yang ahli dalam hal gigi dan penyakit gigi;
~ gula [Indonesia] ahli dalam perusahaan gula;
~ haiwan = ~ binatang [bahasa percakapan] doktor yang mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya;
~ jiwa doktor yang pakar dalam penyakit jiwa;
~ mata doktor yang pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi;
~ pakar doktor yang mempunyai kepakaran khusus dalam sesuatu bidang perubatan;
~ pakar kanak-kanak = ~ anak [Indonesia] doktor yang pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pediatrik;
~ udara doktor yang memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman, dengan menaiki pesawat terbang;
~ veterinar doktor haiwan;

kedoktoran
1. hal-hal yang berkenaan ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik berkenaan penyakit, cara mengubatinya, dan lain-lain), perubatan;
mahasiswa ~ mahasiswa yang belajar untuk menjadi doktor;
pengetahuan (ilmu) ~ pengetahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dan lain-lain);

2. kelulusan tertinggi dalam dunia kesarjanaan yang dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi.

berkongsi