1. tidak panas (hangat), sejuk:
hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali;
2. [kiasan] tidak meriah (sambutan keramaian dan sebagainya):
sambutan perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak ~ jika dibandingkan dengan tahun yang sudah-sudah;
3. [kiasan] tidak mengambil berat (berkenaan (dengan) layanan), tidak mesra (berkenaan (dengan) perhubungan dan sebagainya), sepi:
sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya;
hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dan lain-lain) yang tidak erat dan mesra;
4. [kiasan] basi (berkenaan (dengan) berita, cerita, dan sebagainya), kasip;
5. menghilang (berkenaan (dengan) kemarahan), reda;
perang ~ perselisihan dengan tidak menggunakan kekerasan senjata;
~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dan lain-lain);
~ kepala berfikiran tenang dan waras;
~-~ panas sekejap dingin sekejap panas;
~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (seperti bertanam, mengubat, dan lain-lain);
nasi tak ~ pinggan tak retak (peribahasa) perihal cermatnya melakukan sesuatu;
mendingin
1. menjadi (terasa) dingin:
apabila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~;
2. [Minangkabau] tidak berapa sihat, kurang sihat;
tidak menghangat ~ (peribahasa) tidak ambil peduli;
mendingini
1. = mendinginkan menjadikan dingin:
terasa olehku air matanya ~ pipiku;
2. [arkaik] berubat (untuk menyihatkan badan);
mendinginkan
1. menjadikan (membuat supaya) dingin:
klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan;
2. [kiasan] menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dan lain-lain):
dia hendak ~ otak serta memperlihatkan dia orang yang terpandang dan terhormat;
kedinginan
1. kesejukan, kena sejuk:
dia meraba-raba mencari selimut untuk melindungi diri daripada ~;
2. keadaan yang dingin:
mereka menyalakan tungku pemanas bilik untuk mengimbangi ~ yang bermaharajalela itu;
pendinginan perihal atau perbuatan mendinginkan;
pendingin
1. alat (perkakas, bahan, dan sebagainya) untuk mendinginkan:
air batu kering sangat-sangat berguna sebagai ~ kerana tidak meninggalkan cecair;
~ udara alat untuk mendinginkan udara;
lemari ~ [Indonesia] peti ais (air batu);
2. [kiasan] lekas marah, pemarah:
Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya terlambat dari biasa.