1. sesuatu yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia;
yang-yang:
membakar colok untuk memuja ~;
2. [kiasan] orang (sesuatu) yang dipuja-puja:
wang juga akan ~nya;
~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas;
mendewakan, mendewa-dewakan, memperdewakan memuja-muja seperti dewa:
masih banyak lagi pegawai kerajaan yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris;
kedewaan
1. (hal) mengenai dewa:
agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu;
2. tempat (kediaman) dewa-dewa;
pendewaan perihal atau perbuatan mendewakan:
~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu.
berkongsi