derhaka

1. tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dan lain-lain), menentang kekuasaan yang sah:
anak yang ~ dimurkai Allah;
isteri yang ~ kepada suami;

2. = orang ~ = penderhaka orang yang mengkhianati negara (Tuhan, suami, dan lain-lain):
orang yang memasuki perkumpulan haram itu dianggap sebagai ~;
anak kunci jahat, peti ~
(peribahasa) suami yang jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya;

berderhaka berlaku derhaka, berkhianat:
orang-orang yang ~ kepada ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak;

menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dan lain-lain):
kesalahan seperti ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah;

menderhakai menderhaka terhadap atau kepada seseorang dan sebagainya:
~ kedua-dua ibu bapa tergolong dalam dosa besar;

kederhakaan hasil perbuatan menderhaka:
para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah;

penderhakaan perbuatan menderhaka:
Abdullah bin Saba telah memainkan peranan yang besar dalam ~ terhadap Sayidina Othman;

penderhaka orang yang menderhaka:
dalam tempoh sebulan sahaja ~ -~ yang melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir.

berkongsi