dengan I

1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh):
saya pergi menonton wayang ~ adik saya;
seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh;

2. kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dan lain-lain) atau alat dan sebagainya yang digunakan:
Ahmad membelah durian ~ parang;
kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yang erat daripada semua pihak;
menambah ilmu pengetahuan ~ membaca;

3. melawan, menentang:
bergaduh ~ adiknya;
berperang ~ musuh;

4. kata yang menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dan sebagainya):
Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar;
menjerit ~ sekuat hati;
menghadapi masalah ~ tenang;

5. oleh, kerana, atas;
~ nama Allah atas nama Allah;
~ yang demikian oleh yang demikian;

6. kata untuk menyatakan hubungan kesesuaian (kecocokan, keselarasan, dan sebagainya):
tindakan yang diambil sesuai ~ keadaan;
sependapat ~ saya;

7. kata yang menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dan sebagainya):
ramai pelajar yang lulus ~ mendapat gred dua;

8. kata yang menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dan lain-lain):
Sukor akan berbincang ~ dia sebelum membuat keputusan;
barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dalam Rintisan;

9. [bahasa percakapan] pada:
~ dia semua boleh.

berkongsi