[Jawa] wewenang;
berwenang mempunyai hak (untuk berbuat sesuatu):
ketua regu itu ~ untuk menuntut ketaatan anggota regu;
sewenang-wenang, bersewenang-wenang
1. (membuat sesuatu) dengan sekehendak hati sahaja, dengan semahu-mahunya:
kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu;
2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim:
tawanan mereka telah disakiti dengan cara yang kejam dan ~;
3. melakukan sesuatu tidak dengan teliti (dengan sembarangan sahaja, tidak dengan usul periksa):
kata nasional yang digunakan dengan ~ itu sangatlah mengelirukan;
kesewenang-wenangan perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;
kewenangan hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu.
berkongsi