1. kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya, rona:
~ merah;
~ hijau: ~ cempaka;
~ tua;
~ muda;
2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dalam kata majmuk):
~ sari;
3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu):
pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain;
4. [arkaik] kasta atau golongan (dalam masyarakat):
masyarakat Hindu mempunyai empat ~;
~ biji remia [Kedah] warna ungu;
~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yang menjadi dasar untuk memperoleh warna lain;
~ karat warna coklat gelap dengan campuran warna merah atau kekuningan;
~ primer warna dasar (utama);
~ sekunder warna yang terhasil daripada dua warna primer;
berwarna
1. mempunyai warna (seperti merah, hijau, dan lain-lain), ada warnanya:
kain tabir ~ biru tua;
bangsa (kulit) ~ bangsa yang kulitnya hitam (coklat dan lain-lain), bukan bangsa kulit putih;
2. menarik, istimewa, berlainan daripada sesuatu yang biasa:
pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik;
berwarna-warna = berwarna-warni.
mewarnai
1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dengan warna:
kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka;
2. [kiasan] meragamkan, mencorakkan, memberikan corak (yang tertentu) kepada:
kedua-dua ciri inilah yang ~ sesuatu budaya;
pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai):
mulakan dengan ~ pipi;
pewarna bahan untuk mewarnakan (mewarnai).