mengusir
1. mengikut, memburu, mengejar:
bonda hamba pun tiada sempat naik ke sampan, sekaliannya berenangan ~ perahu yang lain;
tiadalah diusirnya orang Melayu yang lari itu;
2. menyuruh pergi dengan paksa, menghalau:
engkau usir aku seperti ~ seekor anjing yang berkurap layaknya;
~ asap, meninggalkan api (peribahasa) melepaskan keuntungan kecil yang sudah tentu kerana mengharap keuntungan besar yang belum pasti;
terusir (telah) diusir:
peristiwa itu telah menyebabkan dia ~ dan terpisah daripada keluarganya;
usiran
1. (orang dan lain-lain) yang diusir:
orang ~;
2. sesuatu yang digunakan untuk mengusir:
surat ~;
pengusiran perbuatan mengusir (menghalau):
dalam cerita ini, terdapat cerita yang sama tentang ~ anak tiri dan kepulangannya dengan membawa hadiah-hadiah;
pengusir orang yang mengusir, penghalau.