upaya

usaha untuk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar:
kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~;

seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yang terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya;

berupaya
1. berusaha dengan sekuat tenaga, berdaya upaya;

2. berkebolehan, berkemampuan, mampu, dapat, sanggup:
menteri yang berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari;

mengupayakan
1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan;

2. mengambil tindakan (supaya);

3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dan sebagainya) mencapai sesuatu, membolehkan:
penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sebagai wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi;
strukur organisasi yang ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif;

terupaya sanggup, mampu;
tidak ~ tidak sanggup (mampu);

keupayaan kesanggupan (kebolehan) untuk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampuan:
kanak-kanak mempunyai perangai, kecenderungan, dan ~ yang berbeza;
bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ untuk menjadi sebuah bahasa moden;

berkeupayaan mempunyai keupayaan:
satu variasi yang lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dalam masyarakat kita;

ketidakupayaan perihal (sifat dan sebagainya) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan:
~ penulis untuk menjadi tokoh atau pemimpin politik;

pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dan sebagainya) menjadikan berupaya (berkemampuan, berkebolehan dan sebagainya) untuk mencapai sesuatu:
sistem yang lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kepada pembinaan keusahawanan;
isu yang lebih penting ialah ~ golongan miskin ini untuk mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

berkongsi