ungkit

ungkang-~ = ungkit-ungkit bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit;

mengungkit
1. mengangkat (menaikkan) dengan hujung tuas dan lain-lain, mengumpil, mengungkil:
~ pintu;

2. = mengungkit-ungkit menimbul-nimbulkan (perkara yang telah lalu), membangkitkan-bangkitkan, mengungkat-ungkat:
jangan ~ perkara lama;
sudah suratan takdir, sudah nasib diri, tak guna diungkit lagi;
tidak dapat diungkit dengan besi hangat
(peribahasa)
a) perihal dua orang yang amat berkasih-kasihan yang tidak dapat dicerai-ceraikan;
b) perihal orang yang tidak mahu berpisah dari temannya kerana seronok bercakap-cakap;

ungkit-mengungkit saling mengungkit (menimbul-menimbulkan perkara yang telah lalu):
demi keharmonian dan perpaduan keluarga, janganlah kita ~ lagi perkara yang telah berlalu itu;

pengungkit alat yang digunakan untuk mengungkit, pengumpil, tuas;

pengungkit-ungkitan perbuatan mengungkit-ungkit:
sering berlaku perdebatan dan ~ mengenai bangsa yang ingin dibangunkan.

berkongsi