1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diadakan dan sebagainya), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dan sebagainya), usia:
~ budak ini baharu enam tahun;
cukup (sampai) ~ sudah dewasa;
di bawah ~ belum dewasa;
dimakan ~ sudah tua;
dalam ~ tuanya pada ketika dia telah tua;
lanjut (lewat) ~ sudah tua;
panjang ~ lama hidupnya;
pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda);
2. [kiasan] hidup, hayat, nyawa:
kalau ada ~, kita akan bertemu lagi;
~ setahun jagung (darah setampuk pinang) (peribahasa) seseorang yang masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat;
seumur
1. sama umurnya (dengan), sama tua, sebaya:
budak itu ~ dengan adik saya;
2. sama lamanya, sama lama adanya, selama;
~ hidup selama hidup;
~ jagung
a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan;
b) tidak lama, sekejap sahaja;
berumur
1. mempunyai umur, berusia:
tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang daripada tiga puluh tahun;
puisi Melayu moden telah ~ lima dekad;
2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi;
penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yang sudah ~, dan daripada berbagai-bagai lapangan hidup.