sejenis binatang menjalar yang tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yang berbisa dan ada yang tidak);
~ belerang sejenis ular laut yang berbisa, Pelamis platurus;
~ cincin emas sejenis ular, Boiga dendrophila;
~ cindai [sastera lama] sejenis ular;
~ kapak bakau sejenis ular, Trimeresurus purpureomaculatus;
~ katam tebu sejenis ular, Bungarus fasciatus;
~ kepala aruan sejenis ular, Xenopeltis unicolor;
~ kepala dua
a) sejenis ular, Cylindrophis rufus;
b) [kiasan] orang yang munafik;
~ lidi = ~ tambang sejenis ular yang kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla;
~ matahari sejenis ular, Maticora intestinalis;
~ minum = ~ mengiang [Minangkabau] = ~ danu [Kedah] pelangi;
~ sawa sejenis ular, Python reticulatus;
~ selimpat = ~ laut biasa sejenis ular, Enhydrina schistosa;
~ sinar matahari = ~ matahari biru sejenis ular, Maticora bivirgata;
~ tedung sejenis ular, Naja naja;
~ tedung abu (selar) sejenis ular, Ophiophagus hannah;
~ bukan, ikan pun bukan (peribahasa) seseorang yang tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya;
~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut (peribahasa) orang yang tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dan sebagainya), orang yang munafik;
~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = seperti memalu ~ dalam benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak (peribahasa) menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dengan seadil-adilnya;
bagai ~ dengan legundi (peribahasa) perihal seseorang muda yang sangat lekat hatinya pada kekasihnya;
bagai ~ dengan orang (peribahasa) perihal dua orang bersaudara yang tiada mahu berkenalan;
biar ~ mati dan kayu tiada patah (peribahasa) binasakanlah musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri;
jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya (peribahasa) orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun;
kerosok ~ si rumpun bambu (peribahasa) jangan takut akan ancaman orang;
macam ~ kekenyangan (peribahasa) perihal seseorang yang buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul;
melangkahi ~ (peribahasa) melakukan sesuatu yang sangat berbahaya;
naga ditelan ~ lidi (peribahasa) anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan;
seperti ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul (peribahasa)
a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah;
b) bengkang-bengkok tidak beraturan (seperti jalan atau jahitan yang tidak lurus);
sudah tampak kaki ~ (peribahasa) telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui);
ular-ular
1. = ularan sejenis pembuluh daripada getah, salur getah, hos;
2. carik kain (kertas, sutera) yang panjang-panjang;
mengular
1. = mengular-ular bengkang-bengkok (berkenaan (dengan) keadaan jalan dan sebagainya):
ada jalan yang ~-ular tetapi kemudiannya lurus seperti jalan ke kampung saya;
2. [kiasan] bersikap malas, suka ponteng kerja dan sebagainya:
ada segelintir pekerja yang suka ~.