ubat I

1. benda yang digunakan (dimakan, disapukan, dan lain-lain) untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan:
jangan makan apa-apa ~ yang lain, melainkan jika disuruh oleh doktor;
ahli ~
orang yang mahir dalam (membuat) ubat;
ilmu ~ pengetahuan berkenaan ubat;
kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat;

2. bahan kimia untuk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sebagai racun serangga dan lain-lain):
air mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman;

3. = ~ bedil = ~ pasang [arkaik] mesiu:
kehabisan ~ dan peluru;

4. jampi, guna-guna, mantera;

5. [bahasa percakapan] = ~ lampu picit bateri kering (untuk lampu picit dan lain-lain);
~ angin ubat untuk menyembuhkan penyakit masuk angin;
~ basah [kiasan] khabar yang tidak dipercayai orang;
~ batuk ubat untuk menyembuhkan batuk;
~ bedil
a) peluru;
b) bahan ledakan untuk peluru senapang, meriam dan lain-lain;
~ bius = ~ lali ubat untuk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu menjalani pembedahan);
~ dalam ubat yang ditelan atau dimakan;
~ getah sejenis cuka untuk membekukan susu getah;
~ gigi bahan yang seperti krim, biasanya berwarna putih yang digunakan semasa menggosok gigi;
~ guna sesuatu yang dijampi untuk menawan hati seseorang, pengasih;
~ hati pelipur hati;
~ jerih
a) upah yang diberikan, dalal;
b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih;
~ kampung ubat yang dibuat daripada berbagai-bagai ramuan (berlainan daripada ubat yang diberikan oleh doktor di hospital);
~ kelat bermacam-macam ubat;
~ kuat ubat untuk menguatkan badan;
~ lelah
a) ubat untuk menghilangkan lelah;
b) [kiasan] upah, dalal;
~ luar ubat yang disapukan (tidak dimakan);
~ mata ubat untuk menyembuhkan sakit mata;
~ nyamuk ubat untuk membunuh atau menghalau nyamuk;
~ pekasih = ~ pengasih bahan berjampi dan sebagainya untuk menawan hati seseorang, pengasih;
~ peluru bahan ledakan untuk peluru;
~ periuk ubat kampung untuk perempuan yang baru lepas bersalin;
~ rumah ubat-ubat yang tersedia di rumah;
~ sedut ubat mudah meruap yang disedut untuk melegakan penyakit lelah, selesema dan sebagainya;
~ tasak ubat (jampi dan sebagainya) untuk menahan darah;
~ tidur
a) ubat untuk menidurkan orang yang susah hendak tidur;
b) ubat bius;
~ jauh, penyakit hampir (peribahasa) dalam kesusahan sukar mendapat pertolongan;

ubat-ubatan
1. bermacam-macam ubat:
~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya;

2. ramuan untuk membuat ubat;

berubat
1. memakai (menggunakan dan sebagainya) ubat:
bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~?

2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kepada:
pada doktor mana engkau hendak ~?

3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati:
sesudah lama ~, baru dia sembuh;
~ hatiku
ki sudah terhibur hatiku;

mengubati, mengubat
1. memberi (membubuh dan sebagainya) ubat supaya sembuh, menyembuhkan dengan ubat:
penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya;
kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya;
~ orang sakit;

2. menghibur, menyenangkan:
cuma ini yang akan ~ hatiku apabila maut menjemput;

3. membetulkan, memperbaik:
kepincangan dalam masyarakat yang perlu diubati;
bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah;

4. memulihkan:
untuk ~ keraguanku;

mengubatkan
1. menggunakan sesuatu sebagai ubat, menggunakan sesuatu untuk mengubat(i);

2. = memperubatkan menyembuhkan (mengubati) dengan;

terubat
1. dapat diubat (disembuhkan, dipulihkan dan sebagainya):
penyakit mereka itu tidak ~;

2. [kiasan] dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dan sebagainya), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dan sebagainya setelah memperoleh sesuatu:
kerinduan pada ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah;
kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dengan keluarga nanti;

terubati [sastera lama] dapat diubati, sanggup diubati:
adapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian;

ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir:
adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin;
orang ~
orang yang pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dan sebagainya):
ada seorang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa;

perubatan perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati:
ilmu ~;
jabatan ~;
pakar ~;

pengubatan perihal mengubati (menyembuhkan penyakit, pesakit, dan sebagainya);
balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik;

pengubat sesuatu yang digunakan untuk mengubat(i);
~ hati ki penghibur hati.

berkongsi