tutur I

apa yang diucapkan, kata, perkataan, ucapan;
~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa percakapan;
~ dan kata ucapan dan kata;
~ nista kata-kata yang menista (mencemuh dan lain-lain);
~ sepatah kata sepatah;
bahasa ~ bahasa percakapan;
buah ~ apa yang diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan;

bertutur bercakap, berbicara, berkata:
calon-calon hendaklah boleh ~ dalam bahasa kebangsaan dengan fasih;

bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata:
setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang;

menuturkan
1. mengeluarkan kata-kata, melafazkan, mengatakan, mengucapkan;

2. mengucapkan (nama dan lain-lain), menyebuntukan:
adapun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yang ada itu dengan pelbagai nama yang berlainan;

3. = mempertuturkan mengisahkan, menceritakan:
ada antara tukang cerita ini yang masih ~ beberapa cerita dalam majlis perkahwinan di kampung;

pertuturan
1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan:
kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian;

2. apa yang dituturkan, percakapan:
perkataan yang dipinjam ini bukan hanya tersimpan dalam kamus tetapi digunakan dalam ~ sehari-hari oleh orang ramai;

penuturan perihal menuturkan, pembicaraan, percakapan:
cerita-cerita ini diabadikan melalui ~ sahaja walaupun pada adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah;

penutur orang (kaum dan sebagainya) yang menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yang menggunakan sesuatu bahasa (sebagai kelaziman):
~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yang baru ini dalam bahasa Melayu;
~ asli
penutur sesuatu bahasa yang sudah menjadi bahasa ibundanya.

berkongsi