tutup I

1. = tertutup tidak terbuka, terkatup:
semua kedai kecuali kedai makanan ~ pada hari Ahad; baju jas ~;

2. = tutupan, penutup sesuatu yang digunakan untuk menudungi (menyelubungi dan lain-lain) sesuatu;
~ botol sumbat botol (daripada gabus dan lain-lain);
~ bantal bahagian hujung dan pangkal bantal yang dihiasi dengan sulaman;
~ kepala tudung kepala (songkok, terbus, dan lain-lain);
~ malu sesuatu yang dipakai dan lain-lain supaya jangan mendapat malu;
~ meja kain alas meja;
~ mulut
a) tinggal diam membisu, tidak berkata-kata;
b) [bahasa percakapan] rasuah, wang suap;
~ pintu
a) [bahasa percakapan] menutup pintu;
b) daun pintu;
~ sanggul sejenis cucuk sanggul;
~ tiang alang rumah yang dipasang dari tiang ke tiang;

bertutup ada tutupnya, memakai tutup (tudung):
mangkuk ~;
perempuan Islam bukannya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju;

menutup
1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dan lain-lain), merapatkan tutupnya, mengatup:
ia ~ pintu rumahnya;

2. memberi bertutup (bertudung), menudungi:
kita hendaklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat;

3. [kiasan] tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan:
mereka tahu ~ rahsia;

4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dan lain-lain), menimbus supaya buntu, menyekat, menyumbat:
semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi;

5. mematikan nyala lampu dan lain-lain, lawan memasang:
dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu;

6. memasukkan ke dalam penjara, memenjarakan;

7. menjadikan cukup (wang perbelanjaan dan lain-lain), mencukupkan, menggenapkan;

8.mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dan lain-lain):
Ali ~ cerita dan meraba bibirnya;

9. tidak melanjuntukannya lagi (tempoh), habis tempohnya:
tarikh permohonannya ditutup pada 10 Julai yang akan datang ini;
~ buku

a) mengatup buku;
b) memasukkan ke dalam buku kira-kira (wang keluar masuk);
~ jalan
a) tidak membenarkan lalu;
b) menyekat daripada melakukan sesuatu;
~ mata
a) memejamkan mata;
b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat;
c) sengaja tidak mahu mengambil tahu:
seseorang tidak harus ~ mata kepada ilmu-ilmu yang berasaskan sains; d) mati, meninggal;
~ muka melindungi muka dengan sesuatu;
~ mulut
a) diam sahaja;
b) tidak mahu memberitahu;
~ pintu tidak atau enggan menerima (pengaruh, ajaran, dan lain-lain);
tidak mahu menyambut atau melayani (sesuatu);
~ telinga
a) melekapkan sesuatu pada telinga supaya tidak mendengar;
b) sengaja tidak mahu mendengar;

menutupi
1. banyak yang ditutup, berkali-kali menutup;
~ pintu banyak pintu yang ditutup;

2. memberi bertutup, melindungi:
disentaknya kain untuk ~ pusatnya;
rambutnya yang jatuh ~ dahinya;

3. [kiasan] melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dan lain-lain), merahsiakan:
ia ~ isi hatinya yang sebenarnya;

menutupkan
1. menggunakan sesuatu untuk menutup, menutup untuk:
maka disuruhnya ambil batu yang besar-besar maka ditutupkannya pada pintu gua itu;

2. mengatupkan:
maka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukultujuh pagi dibukanya;

3. ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa):
ia mesti ~ puasanya;

tertutup
1. tidak terbuka, terkatup, terkunci:
sehari-hari ini pintunya ~ sahaja;

2. [kiasan] tidak bebas lagi, tidak terbuka untuk mendapat atau menerima sesuatu:
malangnya ketika demikian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka;
bersikap ~
bersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu (pengaruh dan lain-lain);

tutupan
1. alat untuk menutup, tudung;

2. sesuatu yang ditutup;
orang ~ orang yang dihukum penjara;
rumah ~ penjara;

penutupan perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan:
beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia;

penutup
1. alat yang digunakan untuk menutup, penudung;

2. sesuatu yang (dipakai untuk) mengakhiri (surat, karangan, ucapan, dan lain-lain), pengunci, penyudah:
sebagai ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan;
~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya.

berkongsi