kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan (melakukan sesuatu yang kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kepada raja, dan lain-lain), kualat, kutuk:
ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda;
~ papa kutuk yang mendatangkan kesengsaraan (kepapaan);
takut ~ [Brunei] takut mendapat kecelakaan keranan melawan perintah ibu bapa;
takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda;
menulahi mengenakan tulah kepada, mengutuki (menyumpahi dan lain-lain) orang supaya mendapat kemalangan;
ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah:
baginda telah ~ pada raja Melaka kerana yang sebenarnya raja Melaka itu tiada patut berkirim sembah kepada raja China.