tujuh

bilangan enam ditambah satu (7), angka 7;
~ belas 17;
~ puluh 70;
bintang ~ nama gugusan bintang yang tujuh banyaknya, Pleiades;
~ keliling
[Jakarta] sakit kepala yang amat sangat;
~ likur malam yang kedua puluh tujuh (dalam bulan Ramadan);

ketujuh-tujuh tujuh-tujuh sekali, tujuh semuanya:
~ anaknya sudah dewasa dan berjaya dalam hidup masing-masing;
~ majalah ini mempunyai khalayak sasarannya yang berlainan;

bertujuh tujuh jumlahnya, tujuh (orang dan lain-lain) semuanya;

menujuh ~ bulan mengadakan kenduri pada ketika orang mengandung tujuh bulan;
~ hari mengadakan kenduri pada hari yang ketujuh selepas seseorang meninggal;

penujuh kenduri kerana menujuh hari.

berkongsi