1. orang tempat menghambakan diri:
orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yang menjadi ~ kepada hamba abdi daripada bangsa Negro;
~ hamba [sastera lama] tuan;
2.
a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dan lain-lain):
jika kereta yang dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa;
b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dan lain-lain);
~ kebun pengusaha (pengurus) kebun;
3. orang laki-laki (yang dihormati):
~ yang datang semalam datang lagi pagi tadi;
sepeda ~ [Indonesia] basikal untuk orang laki-laki;
4.
a) panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati:
~ doktor;
~ hakim;
T~ Syed Nasir;
b) [sastera lama] panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan:
~ puteri;
mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan;
5. kata ganti yang halus bagi orang laki-laki atau perempuan yang dilawan bercakap (engkau atau awak yang lebih halus):
~ sendiri sudah tahu asal saya dari Kampung Balimbing;
6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah:
~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi;
~ besar
a) ketua perusahaan (ladang dan lain-lain);
b) [Indonesia] [arkaik] Gabenor Jeneral;
~ kecil
a) = ~ muda anak sulung laki-laki dalam sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah;
b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dan lain-lain);
~ rumah
a) orang yang memiliki rumah, ketua rumah (keluarga);
b) orang yang meraikan tetamu (biasanya pada majlis yang diadakan di rumahnya atau yang dianjurkannya);
~ tamu ark tuan rumah;
~ tanah pemilik tanah;
tuan-tuan
1. orang laki-laki (sekalian yang hadir):
~ yang dihormati, silalah duduk;
2. [sastera lama] orang bangsawan, ningrat:
maka ~ itu pun nak ke darat dengan segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang;
anak ~ anak raja-raja;
bertuan
1. ada tuannya (pemiliknya), mempunyai penguasa:
semua tanah yang dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan;
2. bertindak (bersikap) sebagai tuan:
semenjak kematian bapanya dia ~ di sini;
3. memanggil atau menyebut tuan (kepada):
janganlah ~ lagi kepada saya, panggillah saya abang sahaja;
bertuankan
1. mempunyai sebagai tuan, berketuakan:
kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dari segi teknologi bahkan juga dari segi pengurusan;
2. menghamba kepada, menganggap sebagai tuan kepada:
pada bicara dindatiada mahu dinda ~ lain daripada Yang Dipertuan;
janganlah kita ~ anak raja seorang ini;
menuani menguasai, memiliki;
menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpada orang yang dilawan bercakap):
Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak;
mempertuan, mempertuankan menganggap (mengakui) tuan:
yang mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan;
Yang Dipertuan (gelaran kepada) raja atau sultan yang memerintah;
~ Besar;
bangsa ~ bangsa yang menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada bangsa lain;
hak ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri);
mempertuani [arkaik] menguasai;
tuanan bangsawan, ningrat;
anak ~ anak tuan-tuan;
ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dan lain-lain), kedaulatan:
untuk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak;
ketuan-tuanan seperti seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dan lain-lain):
Saya pegawai Kerajaan, Encik Ramli berkata ~;
pertuanan
1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat:
tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiringkan oleh segala pegawai dan ~;
Dewan P~ dewan yang dianggotai oleh orang bangsawan dalam parlimen Inggeris;
2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dan lain-lain):
dengan itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf;
3. = hak ~ kedaulatan.