tualang I

1. berterbangan ke sana sini (lebah dan lain-lain);

2. tidak bertempat tinggal yang tetap (pengembara, pengemis, dan lain-lain);

3. = orang ~ orang yang sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara;

bertualang
1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran:
dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yang ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal;

2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau:
dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi;

3. melakukan sesuatu dengan nekad (curang, haram, dan lain-lain):
banyak kawannya yang suka ~, berdagang dan sebagainya;

petualangan
1. perihal bertualang:
semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya;

2. perbuatan nekad (tidak jujur dan lain-lain);

berpetualangan menjadi petualang:
mengapa mesti ~? kembalilah bersama anak isteri;

petualang
1. orang yang bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dan lain-lain);

2. orang yang melakukan sesuatu dengan nekad (curang dan lain-lain) untuk kepentingannya sendiri:
kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yang cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan;

3. orang yang suka melakukan perkara-perkara yang sukar atau berbahaya untuk pengalaman.

berkongsi