1. untung (yang berlebihan), bahagia:
ia memikirkan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri;
di tengah-tengah hidup yang malang kami dilimpahi ~;
mengadu ~ mengadu untung (berserah kepada nasib);
menolak ~ melepaskan peluang baik;
untung ada ~ tiada ada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal);
2. pengaruh (kuasa) yang membawa keuntungan (kebahagiaan dan lain-lain), keramat, sakti:
tangkal-tangkal itu dikatakan mempunyai ~ yang besar;
3. keistimewaan (kehormatan, kemuliaan, kemasyhuran, dan lain-lain);
~ badan untung diri seseorang;
~ berma [Brunei] tanda merah pada bayi ketika dilahirkan;
~ periuk [Brunei] tompok-tompok biru tua pada bayi ketika dilahirkan;
~ anjing celaka kuda (peribahasa) sesuatu yang menjadi kebahagiaan pada seseorang mungkin menjadi kecelakaan pada orang lain;
~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? (peribahasa) tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu;
~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat (peribahasa) kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu);
~ melambung tinggi, celaka menimpa badan (peribahasa) orang yang ditimpa oleh kesusahan besar;
~ sebesar bukit, celaka menimpa badan (peribahasa) orang yang pandai tetapi tidak tetap pekerjaannya, oleh itu penghidupannya menjadi susah;
menghijau ~, najis keluar (peribahasa) kerana hendakkan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh mendapat kehinaan;
tiada tertikam ~ oleh berani (peribahasa) orang yang bertuah itu tidak dapat dialahkan dengan keberanian;
bertuah
1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung:
ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah;
2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti:
ayamnya sangat ~, tiada orang yang berani melawan ayamnya itu;
keris ~ keris sakti;
3. [arkaik] ketulahan, terpesona;
hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai (peribahasa) jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani;
sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi (peribahasa) sudah mendapat yang lebih baik yang kurang baik ditinggalkan;
menuahi
1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dan lain-lain), memberkati;
2. mengatakan bertuah;
menuahkan
1. menghebah-hebahkan (mencerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang;
2. = ~ menjadi... menentukan dan lain-lain menjadi…;
ketuahan
1. memperoleh tuah;
2. kesaktian (keris dan lain-lain), keunggulan (kemuliaan dan lain-lain).