tinggi

1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lawan rendah:
bangunan tersebut dibina di suatu tempat yang ~;
kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~;
dataran (tanah) ~
dataran (tanah) yang permukaannya jauh ke atas dari permukaan laut;

2. panjang (berkenaan (dengan) bangun tubuh dan lain-lain), lawan pendek:
Hasan ~ orangnya;
~ pokok itu 20 kaki;

3. hampir sampai ke tempat yang di atas sekali;
matahari telah ~ sudah hampir setengah hari;

4. luhur, mulia:
kami berdoa agar tercapai cita-citanya yang ~;
budi pekerti yang ~
;

5. peringkat atau tingkat atas (berkenaan (dengan) pangkat, taraf, dan lain-lain), sangat baik (mutu dan lain-lain):
mahkamah ~;
jawatan ~;
martabat ~;
sekolah ~;
barang-barang bermutu ~;

6. sudah lanjut (umur);
usia ~ sudah tua;

7. mahal (harga dan lain-lain), besar (perbelanjaan dan lain-lain):
pada masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah;
sara hidup di Eropah lebih ~ daripada di Asia;

8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dan lain-lain), berada pada tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dan lain-lain):
bertamadun ~;
seni yang ~;

9. angkuh, besar diri, sombong:
cakapnya selalu ~;
hidung ~ ki bongkak, sombong;

10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring:
lagu yang ~ hendaklah dinyanyikan dengan suara yang ~;
~ hari
hampir tengah hari;
~ hati megah, sombong;
~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki;
~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang (peribahasa) dicari (disiasat) sehabis upaya;
~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga (peribahasa) banyak cakap tetapi tidak ada buktinya;
~ lawak-lawak (peribahasa) perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya);
awak rendah sangkutan ~ (peribahasa) besar belanja daripada pendapatan;
hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah (peribahasa) orang yang hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya;
(yang) ~ tampak jauh, yang dekat julung bersua (peribahasa) pemimpin yang bertanggungjawab (yang mendapat pujian dan celaan);

meninggi
1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas:
pokok itu tumbuh membesar dan ~ dari sehari ke sehari;

2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara):
suara orang mengaji semakin ~;

3. angkuh, sombong:
cakapnya ~ sahaja;

4. menghampiri atau hampir berada pada waktu tengah hari:
hari semakin ~;
~ hari
tinggi hari;

setinggi
1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi:
air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter;
pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat;

2. seberapa tinggi:
mereka dikatakan lebih berminat untuk mendapatkan tawaran gaji ~ yang boleh;
memang saya mahu mencipta nama ~ yang mungkin;

setinggi-tinggi
1. seberapa banyak yang mungkin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya:
baginda mengucapkan ~ terima kasih kepada sekalian rakyat;
beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu;

2. seberapa tinggi yang mungkin, paling tinggi:
~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga;

meninggikan
1. menjadikan tinggi, menambahkan (mutu dan lain-lain):
bangunan itu telah ditinggikan lagi dua tingkat;
kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat;

2. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi;
~ diri membesarkan diri;

3. mengeraskan atau menguatkan (suara);

mempertinggi menjadikan lebih tinggi;
~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena (peribahasa) sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yang lebih berat;

ketinggian
1. perihal tinggi, taraf (keadaan dan sebagainya) yang tinggi:
pendidikan dapat membawa kepada kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dalam masyarakat;
sastera yang mengagungkan ~ budi;

2. (tempat dan lain-lain) yang lebih tinggi duduknya (letaknya):
peti yang berisi jenazah itu diletakkan di tempat yang agak ~ di tengah aula;

3. terlalu tinggi:
dahan itu tidak dapat dicapainya kerana ~;

peninggian perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan, dan lain-lain).

berkongsi