tikar

sejenis hamparan daripada anyaman daun mengkuang dan lain-lain yang dibentangkan sebagai alas duduk (tidur dan lain-lain);
~ bangkar sejenis tikar yang kasar anyamannya;
~ bantal tikar dan bantal (segala alat untuk tidur);
~ getah
a) sejenis tikar kecil daripada getah (untuk lapik tidur bagi kanak-kanak);
b) sejenis tikar yang dibuat daripada bahan buatan untuk melapis lantai;
~ ladang sejenis tikar yang kasar anyamannya;
~ pacar tikar yang berwarna;
~ putih tikar yang tidak berwarna atau bercorak;
~ rumput sejenis tikar yang dibuat daripada rami (menerung, pisang, dan lain-lain);
~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dan lain-lain) yang digunakan sebagai tempat sembahyang;
ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ (peribahasa) berkahwin dengan adik isterinya (atau saudara suaminya) yang telah meninggal;

bertikar mempunyai atau ditutupi tikar:
mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yang tidak ~ itu;

bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai tikar:
kami ditempatkan di sebuah pondok yang beratap rumbia dan ~ buluh.

berkongsi