1. dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam (kerana berehat):
siang bekerja malam ~;
~ (-tidur) ayam tidur yang tidak lena (mudah terjaga);
~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejuntukan);
~ mati tidur dengan sangat lenanya;
baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yang khusus dipakai untuk tidur, pijama;
bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur;
kaki (tukang) ~ [bahasa percakapan] (orang yang) sangat suka atau sangat mudah tidur;
penyakit ~ sejenis penyakit yang menyebabkan orang yang menghidapnya selalu hendak tidur;
tempat ~
a) bilik (bangunan) tempat orang tidur;
b) ranjang;
ubat ~ = penidur ubat yang menyebabkan tidur;
2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi untuk) berehat dengan memejamkan mata dan tidak sedar diri:
biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ;
3.
a) berbaring;
b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dan lain-lain);
~ tak lelap, makan tak kenyang (peribahasa) perihal orang yang tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dan lain-lain);
bagai ~ di atas miang (enjelai) (peribahasa) perihal orang yang sangat gelisah (kerana banyak perkara yang difikirkannya dan lain-lain);
meniduri
1. tidur (berbaring) di:
di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya;
2. bersetubuh dengan, menyetubuhi;
menidurkan
1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur:
sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang;
2. membaringkan, merebahkan:
kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi;
3. [kiasan] menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dan lain-lain), melalaikan:
janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yang sudah mulai sedar sekarang;
4. menyembuhkan (menghilangkan dan lain-lain) dengan tidur:
~ pening kepala;
tertidur
1. (sudah) tidur:
dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~;
2. mulai tidur:
kian lama mata bapa kian pudar, dia ~;
3. dengan tidak sengaja tidur:
kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya;
ketiduran
1. = tempat ~ tempat tidur:
nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dari ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya;
2. tertidur (dengan tidak sengaja), lama sungguh tidur;
ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur);
setiduran = seketiduran;
seketiduran
1. setempat tidur, tidur bersama-sama;
selapik ~ (sahabat) sangat karib;
2. teman tidur;
berseketiduran
1. tidur bersama di suatu bilik (katil dan lain-lain);
2. bersetubuh;
petiduran tempat tidur;
penidur
1. (orang yang) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur;
2. = ubat ~ ubat (pil dan lain-lain) yang menyebabkan tidur lena.