1. tidak ada:
rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yang mendiaminya;
2. tidak:
~ pernah kudengar;
~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dan lain-lain);
~ dua hanya satunya, tiada taranya atau bandingannya;
dengan ~ tanpa;
tiadakan tiada akan, tidak akan:
jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar daripada mulut tuan hamba;
meniada
1. menjadi tidak ada;
2. enggan menurut, mengatakan tidak;
meniadakan 1. = mempertiadakan menganggap (mengatakan dan lain-lain) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri:
kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini;
menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah seperti ~ Tuhan;
2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, melupuntukan:
sudahlah dengan takdir Allah, yang ada ditiadakan dan yang tiada diadakan;
kerana kekurangan guru beberapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini;
3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dan lain-lain);
4. mengabaikan, memperkecil:
~ kebolehan orang lain;
peniadaan perihal meniadakan (menghapuskan, membatalkan, dan lain-lain);
ketiadaan
1. perihal tidak ada (sesuatu):
~ vitamin yang perlu dalam makanan boleh mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit;
sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yang bertulis;
2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang):
menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang.