1. keluar dari permukaan (air dan lain-lain), keluar dari tempat terlindung (bulan, matahari, dan lain-lain), muncul, timbul:
bulan sudah ~ ;
sebelah matahari ~ sebelah timur;
2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dan lain-lain), lahir, timbul;
dalam hatinya ~ keinginan untuk memilih antara dua orang pemuda itu mana yang lebih baik dan sesuai dengan hatinya;
3. siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah, dan lain-lain), tersiar (berita, makalah, dan lain-lain):
~nya kedua-dua antologi ini merupakan satu kemajuan besar;
4. keluar memancar ( air, cahaya, dan lain-lain), keluar (peluh, air mata, dan lain-lain):
air yang ~ daripada mata air biasanya jernih;
5. keluar (dari rumah, persembunyian, dan lain-lain):
setelah pintu terbuka dia pun ~lah;
6. tumbuh atau keluar daripada:
sehelai rambut atau bulu ~ daripada satu liang yang halus di dalam kulit itu;
7. berpunca atau bermula daripada:
kebakaran itu ~ daripada puntung rokok yang dibuang dalam bakul sampah;
menerbitkan
1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dan lain-lain), membangkitkan (perasaan dan lain-lain):
kelakuannya yang tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya;
2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dan lain-lain):
kelengahan akan ~ kerugian kepada perusahaan itu;
3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dan lain-lain):
sebelum Marsden belum ada usaha untuk ~ teks daripada naskhah Melayu lama secara ilmiah;
4. mengeluarkan (tenaga dan lain-lain):
benda-benda hidup menggunakan makanan untuk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya;
5. mengeluarkan (wang):
jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu;
6. menghasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dan lain-lain);
terbitan
1. sesuatu yang terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dan lain-lain):
akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang;
~ berkala keluaran (majalah) yang diterbitkan berulang-ulang pada waktu yang tertentu;
kata ~ kata yang memakai imbuhan;
2. (Ekonomi) tawaran sekuriti, saham dan sebagainya untuk dijual kepada pelabur;
~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kepada orang ramai untuk tujuan mendapat penyenaraian di bursa saham;
~ baru tawaran terbitan saham yang baru kepada orang awam;
~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yang diberikan percuma kepada pemegang saham yang sedia ada;
~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kepada pemegang saham yang sedia ada untuk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kepada awam;
penerbitan
1. perihal (perbuatan dan lain-lain) menerbitkan:
dua pola ~ kata yang tidak produktif;
~ asas ayat;
2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dan lain-lain):
pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut;
penerbit (orang, syarikat, dan lain-lain) yang menerbitkan buku dan lain-lain:
semasa di sana banyak juga ia menulis untuk beberapa ~ di Tanah Melayu.