terbang I

1. melayang atau bergerak di udara dengan menggunakan sayap (tenaga jentera dan lain-lain):
beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara;
sebuah helikopter ~ di atas kota;

2. menumpang atau naik kapal terbang:
petang itu juga beliau ~ ke Singapura;

3. [Indonesia] mudah meruap (minyak dan lain-lain), mudah kering, mudah menjadi gas:
minyak ~;
zat ~;

4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dan lain-lain), berhamburan di udara;

5. [kiasan] berlari (bergerak dan lain-lain) dengan laju, bergerak dengan cepat, melarikan diri:
kereta itu ~ bukan main laju;
pencuri itu sudah ~ ;

6. [kiasan] hilang lenyap, hilang milik, musnah:
tengok harta kita yang tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu;

7. [kiasan] melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang:
semua fikirannya sudah ~ pada orang yang bakal ditemuinya;
~ arwah (semangat)

a) pengsan;
b) hilang ingatan, sangat terperanjat;
~ darahnya sangat terkejut;
~ fikiran hilang fikiran;
~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00-6.30);
~ bertumpu, hinggap mencekam (peribahasa) jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya);

berterbangan
1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak:
unggas ~ dari suatu dahan ke dahan yang lain serta bersiul-siul mencari makanan;

2. berhamburan (bertaburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dan lain-lain):
debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin;

menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dengan kapal terbang di;

menerbangkan
1. membiarkan terbang, melepaskan terbang:
beberapa ekor merpati telah diterbangkan untuk memulakan perayaan tersebut;

2. membawa terbang (angin, burung, dan lain-lain):
biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin;

3. membawa (mengangkut) dengan kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang:
askar-askar yang tercedera dalam pertempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching untuk mendapatkan rawatan cemas;

4. [kiasan] melarikan wang dan lain-lain, melarikan diri:
orang yang ~ wang syarikat itu telah dihukum;

penerbangan
1. perihal terbang (menerbangi, menerbangkan);

2. perjalanan dengan kapal terbang, lalu lintas kapal terbang:
semua ~ dalam negeri telah dibatalkan;

3. segala yang berkaitan dengan lalu lintas udara;
~ awam = ~ sipil [Indonesia] urusan penerbangan untuk keperluan orang awam (bukan untuk tentera);
ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dalam hal terbang (dengan kapal terbang);

penerbang orang yang menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang.

berkongsi