terang

1. keadaan (cahaya atau sinar) yang menyebabkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat:
tidak akan sama ~ lampu dengan ~ matahari;

2. tidak gelap (berkenaan (dengan) tempat, keadaan sekitar, cahaya, dan sebagainya), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah:
jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dari mulut dan dilihat di tempat ~;

3. siang (hari), lawan malam:
setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka;

4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dan lain-lain):
pagi esoknya pergilah pula mereka ke dalam hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas;

5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara):
malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan;

6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas:
pada waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~;

7. tidak kabur (pelihatan, pandangan), jelas:
monyet dan manusia ialah binatang yang besar sekali otaknya dan yang ~ sekali pelihatannya;

8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebenarannya dan lain-lain), sudah ketahuan, sudah nyata (benar):
sudah ~ sekarang siapa yang benar dan siapa yang bersalah;

9. jelas (kata-katanya, maksudnya, dan lain-lain), nyata (benar):
ceramah pendek yang diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat;~ akal tajam akal, cerdik, pandai;
~-benderang terang sekali;
~ bulan
a) cahaya daripada bulan (pada waktu malam);
b) = ~ hari [Minangkabau] = bulan ~ tidak gelap pada malam hari kerana ada bulan;
~ cuaca cuaca yang baik (tidak redup atau mendung);
~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar);
~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30 – 6.00 pagi);
~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang;
~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00 – 6.30 pagi), ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dan lain-lain);

terang-terang tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan):
bukan sedikit pula orang kampung itu yang ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka;
~ gelap
= ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul;
~ kain [Minangkabau]
a) belum terang betul;
b) belum mengerti benar;

berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dengan terus terang:
tidak seorang juga yang berani menunjukkan kemarahan mereka ~ ;

menerang menjadi terang;

menerangi
1. memberi terang kepada (berkenaan (dengan) lampu, pelita, bulan, dan lain-lain), menyuluhi:
lampu minyak itu ~ biliknya;

2. [kiasan] memberi terang pada hati (fikiran, perkara, dan lain-lain), menunjuki:
Tuhan akan ~ hati segala manusia;

3. membersihkan kawasan (daripada semak samun dan lain-lain), menyiangi:
pada suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi untuk kegunaan pertanian;

4. [Minangkabau] mencari keterangan (bukti dan lain-lain) supaya jelas, menentui:
beliau datang cuma untuk ~ perkara itu sahaja;

menerangkan
1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dan lain-lain):
puas sudah ia berubat ke sana ke mari untuk ~ matanya yang kabur, tetapi tidak juga berjaya;

2. menjadikan terang, menghuraikan (menceritakan dan lain-lain) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan:
Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya;

3. memberitahu tentang sesuatu (supaya diketahui seseorang atau orang ramai), memaklumkan, menyatakan:
PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yang berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia;

4. menentukan (apa yang patut dilakukan dan lain-lain), menetapkan, menegaskan:
peraturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya;

5. menunjukkan (menandakan, membuktikan) bahawa:
kita tidak mempunyai bukti yang cukup untuk ~ bahawa orang yang dituduh itu betul-betul bersalah;

terang-terangan berterang-terang:
kalau mereka cuba mengganggu hamba dengan ~, hamba tahu pula membalasnya;

keterangan
1. huraian untuk menerangkan sesuatu, penjelasan:
semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dengan tenang;

2. hal yang menjadikan sesuatu perkara dan lain-lain terang atau jelas, alasan, bukti, tanda:
dalam tempoh yang ada pada kami, telah kami usahakan sedaya upaya untuk mendapatkan ~ yang difikirkan perlu;

3. [Indonesia] kata atau kelompok kata yang menerangkan kata yang lain;

penerangan
1. alat dan lain-lain yang digunakan untuk menerangi (lampu dan lain-lain);

2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kepada (lampu dan lain-lain);

3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan:
~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik;

4. pekerjaan (jawatan dan lain-lain) yang memberi penjelasan dan lain-lain:
Pak Wir dianggap tenaga ahli yang masih sangat diperlukan dalam bidang ~;

penerang sesuatu yang menerangi (menerangkan);
~ hati jampi dan lain-lain yang menerangi hati.

berkongsi