tentang

1. = di tentang berhadapan dengan, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah …, berseberangan dengan:
~ sebuah potret yang tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang;

2. lurus di atas, tepat di atas:
surat daripada Khadijah, yang mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yang meletus di tentang kepalanya;

3. lebih kurang pada, kira-kira pada (di):
maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya;

4. = tentangan [Minangkabau] terhadap, berkenaan:
mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan;

5. hal …, perkara …:
kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah;

6. berkenaan dengan, berkaitan dengan, darihal, mengenai:
Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yang dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu;

7. akan …, dalam hal:
buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ penjelasan isinya;
di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi
(peribahasa) orang yang lemah sekali dan tiada tempat berharap;

setentang berhadapan benar dengan, betul-betul di hadapan (di atas):
rumah dia ~ benar dengan rumah saya;

bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas):
beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yang ~ di hadapannya;

bertentang
1. berhadapan (dengan), bertemu hadap:
dia berdiri tegak ~ dengan muka pintu yang terkatup rapat itu;

2. menghadap (ke), menghala (ke):
buat jalan dari bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu;
~
mata
a) berhadapan muka, berpandang-pandangan;
b) bertemu muka;

bertentangan
1. = ~ dengan = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan:
dia duduk ~ dengan aku;

2. [sastera lama] berdekatan dengan:
setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dengan Gunung Sailan;

3. berlawanan (arah, kedudukan, dan lain-lain):
arah yang ~;
sudut yang ~;

4. berlawanan, bermusuhan:
mungkin kita dengan mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dengan mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main;

5. tidak sesuai (cocok, selaras) dengan, bersalahan dengan:
tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dengan kebebasan seseorang yang lain;

6. berselisih (faham, pendapat, dan lain-lain):
kami berdua jarang ~ pendapat;

menentang
1. memandang tepat-tepat pada, menatap:
rupanya pun terlalu amat elok seperti bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata;

2. mengarahkan pandangan kepada, melekatkan pandangan kepada:
lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yang selalu tersenyum;

3. memberi perlawanan kepada, melawan, memerangi:
mereka sedang ~ keganasan;

4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dan lain-lain), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dan lain-lain), menyanggah:
dia menggunakan kesempatan yang baik ini untuk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yang tidak berperikemanusiaan;

5. tidak mematuhi (undang-undang dan lain-lain), menyalahi (aturan):
barang siapa yang didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera;

6. menghadapi atau dengan sengaja menjumpai bahaya (bencana dan lain-lain), menempuh (bencana):
~ marabahaya;

7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati;

8. mengarah, menuju:
belayar ~ pulau;

9. menyongsong (angin, ombak, dan lain-lain):
belayar ~ angin;
jangan ditentang matahari condong
(peribahasa) jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yang berkuasa;

menentangi
1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dan lain-lain), menempuh, menghadapi:
mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman daripada pihak musuh itu;

2. melawan, memerangi;

menentangkan menghadapkan, membawa ke muka:
maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya;

mempertentangkan menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan:
Baharum Rangkuti yang ~ seni dengan propaganda;

tertentang
1. dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang;

2. dapat dilawan (disanggah), terlawan;
tiada ~ mata
a) tidak dilihat (dipandang);
b) = tidak ~ muka tidak berani berhadapan muka;

tentangan
1. darihal, tentang;

2. apa yang dipertaruhkan (dalam perjudian dan lain-lain), imbangan, padahan, pasangan:
kalau aku kalah, rumahkulah ~nya;

3. yang menjadi bandingan (imbangan):
Pulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kepada Selangor dalam permainan bola sepak bulan sudah;
4. perlawanan, penampilan, sanggahan:
ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat daripada Nuruddin ar-Raniri;

5. (tempat dan lain-lain) yang bertentangan dengan, (di) seberang, hadapan;

pertentangan
1. perihal bertentang, perlawanan:
~ terhadap penjajahan barat;

2. perihal bertentangan, perselisihan (yang amat sangat), pertikaian (pendapat dan lain-lain):
orang Yunani memang mempunyai ~ politik dengan orang Turki;

penentangan perihal (tindakan dan sebagainya) menentang, penolakan, perlawanan:
tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~ ;

penentang (orang dan lain-lain) yang menentang:
aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar.

berkongsi