sepak (dengan kaki), depak, terajang;
~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dengan gaya kuak kupu-kupu;
~ pusaka [Kelantan] mati (ayam);
~ terajang menyepak dengan kedua-dua belah kaki;
~ tumit mendepakkan tumit;
bertendang saling menerajang (mendepak):
bertumbuk ~ seperti anjing dengan kucing;
menendang
1. menyepak, mendepak, menerajang:
ditendangnya pintu rumah itu dengan sekuat-kuat hatinya;
2. [bahasa percakapan] mengusir (dari persatuan dan lain-lain), memecat (dari jawatan dan lain-lain):
mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti;
3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak:
buah dadanya yang tegang ~ colinya;
tendangan hasil perbuatan menendang, sepakan (bola dan lain-lain):
dia tercampak ke sudut gelanggang oleh suatu ~ kencang daripada Umbang;
~ bebas tendangan percuma;
~ penjuru tendangan dari sudut padang yang dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dengan pintu gol pasukan lawan (bola sepak);
~ percuma tendangan yang diberikan kepada sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dalam bola sepak);
penendang orang yang menendang.