tenaga

1. kekuatan yang membolehkan seseorang membuat sesuatu (pergerakan dan lain-lain), daya:
selesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ daripada nasi dan lauk ayam yang telah dijampi oleh neneknya;

2. kegiatan untuk melakukan sesuatu:
seluruh ~ rakyat disalurkan untuk meninggikan ekonomi negara;

3. = ~ pekerja orang yang bekerja, orang yang mengerjakan sesuatu, kakitangan:
wanita ialah ~ manusia yang merupakan harta terpendam yang belum dihargai sepenuh-penuhnya;
~ atom = ~ nuklear
(Fizik) tenaga yang terhasil daripada tindak balas atom atau nukleusnya;
~ batin
a) keupayaan melakukan hubungan seks;
b) kekuatan yang timbul daripada wujudnya daya jiwa atau semangat juang dalam diri seseorang, kekuatan batin:
dengan ~ batin yang baru, mereka sanggup melepaskan diri dari tradisi yang nampaknya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; ~ baru orang-orang (yang akan memberi tenaga mereka) baru;
~ buruh seluruh pekerja;
~ elektrik tenaga yang dihasilkan oleh kuasa elektrik;
~ gerak tenaga yang terdapat pada sesuatu yang bergerak (air yang mengalir dan lain-lain);
~ ikatan (Kimia) tenaga yang diperlukan untuk memutuskan ikatan dalam molekul;
~ kimia (Kimia) tenaga yang dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yang akan dibebaskan semasa tindak balas kimia;
~ kinetik (Fizik) tenaga yang ada pada sesuatu jasad akibat pergerakannya;
~ kuda [bahasa percakapan] kuasa kuda;
~ nuklear tenaga atom;
~ pengajar orang yang ahli atau berkelayakan untuk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dan sebagainya;
~ pengaktifan (Kimia) tenaga yang perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku;
~ pengionan (Kimia) tenaga minimum yang diperlukan untuk menyingkirkan satu elektron dari satu atom atau ion gas;
~ sawat tenaga pada sesuatu mesin;
~ sinaran (Fizik) tenaga yang dipancarkan dalam bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet);
~ suria tenaga yang diperoleh daripada matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba;
~ wap tenaga daripada wap;

bertenaga
1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya:
dia tidak ~ untuk membuat kerja itu;
penulis yang dikira kurang ~ dalam penghasilan kreatif;
memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~;

2. rajin, giat (bekerja dan lain-lain).

berkongsi