1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk:
dinding papan itu ~ kena peluru;
2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke:
gua itu ~ ke belakang bukit;
jalan ini ~ ke pasar;
3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain:
kertas ini jenis yang tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis;
4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dan lain-lain), bolos, tobros:
pertahanan musuh telah ~;
5. [arkaik] kena benar (dugaan dan lain-lain), tepat;
menembus
1. meresap masuk (ke dalam hati dan lain-lain):
kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dalam hati suaminya;
2. terus sampai ke, terus ke;
3. [arkaik] betul (terkaan dan lain-lain), tepat:
firasatnya tidak ~;
menembusi
1. menusuk (menikam dan lain-lain) sampai tembus, menebuk, melubangi:
keris ini dapat ~ badan orang;
2. masuk terus (melalui sesuatu), melantas:
beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya;
3. meresap terus ke sebelah yang lain, melantas, merembes:
matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titiwangsa;
4. [kiasan] meresap masuk (ke dalam hati dan lain-lain);
5. dapat melantas (pertahanan dan lain-lain), menobros, mendobrak:
konvoi dikirim untuk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris;
industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu untuk ~ pasaran eksport secara besar-besaran;
tembusan
1. sesuatu (jalan, sungai, dan lain-lain) yang tembus ke;
2. sungai buatan (untuk dilalui kapal dan lain-lain), terusan
3. jalan yang menembusi bukit dan lain-lain, terowong;
4. = ~ surat salinan surat asal;
penembusan perihal menembus atau menembusi, penobrosan.