tembung II

bertembung
1. berjumpa (dengan tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak:
mereka selalu ~ dengan bapanya yang pulang dari laut;

2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dan lain-lain):
anak-anak sungai itu ~ pula dengan anak-anak sungai yang lebih besar;

3. berlanggaran, bersentuhan:
kereta yang dipandunya ~ dengan lori balak;

4. [kiasan] saling berpandangan, bertemu (pandangan):
apabila mata ~, pemuda yang berbaju bunga nekat melepaskan senyum; kicang-kecoh ~ ciak (peribahasa) tiap-tiap perkara yang hendak disiasat hendaklah ada buktinya;

menembungkan menemukan, menyebabkan bersua:
kedatangan Islam ~ bahasa Melayu dengan bahasa Arab;

mempertembungkan menjadikan (menyebabkan) bertembung, mempertemukan, mempersuakan:
di sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertembungkan melalui para doktor dan pawang bagi mengubatinya;
perdagangan yang ~ mereka dengan banyak bangsa;

pertembungan perihal bertembung, percantuman, perjumpaan, pertemuan:
selagi terdapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin;
situasi seperti ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat.

berkongsi