telunjuk

1. = jari ~ jari antara jari hantu dengan ibu jari:
tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dengan ~ tangan kiri;

2. [kiasan] perintah, kemahuan, suruhan:
orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yang mahu mengikut ~nya;
~ lurus kelengkeng berkait (peribahasa) perihal orang yang pada lahirnya kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat;
~ mencucuk (merosok, menikam) mata (jari) (peribahasa) orang yang dipercayai berbuat khianat kepada kita;
menggigit ~ (peribahasa) tidak tercapai maksud;
runcing ~ memalit sambal lada (peribahasa) perihal hidup miskin dan melarat;
sebusuk-busuk ~ , ~ juga pencolek tahi mata (peribahasa) sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya.

berkongsi