menayang membawa di tapak tangan, menatang, menating;
menayang-nayang menunjuk-nunjukkan sesuatu;
menayangkan
1. membawa atau menatang sesuatu:
Dolah ~ gelasnya yang berbusa;
2. mempertunjukkan, mempersembahkan (filem dan lain-lain):
filem yang ditayangkan di sana kebanyakannya filem yang tidak sesuai dengan jiwaku;
tertayang telah ditayangkan, terbawakan, telah diperlihatkan;
tayangan
1. sesuatu yang ditayangkan;
2. persembahan atau pertunjukan (filem dan lain-lain):
hari itu ada ~ pagi cerita Melayu;
~ perdana persembahan (pertunjukan) kali yang pertama (filem dan lain-lain);
penayangan perihal menayangkan;
penayang
1. orang atau pihak yang menayangkan sesuatu (seperti filem dan sebagainya):
nasib filem Melayu bukan sahaja terletak pada pembikinan, tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~;
2. alat untuk menayangkan sesuatu (seperti filem gambar dan sebagainya):
skrin ~ filem digital.