[Arab] mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat tertentu sambil berdoa (berkenaan (dengan) orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah):
pekerjaan yang berhubung dengan umrah, iaitu ~ dan sai;
~ berpisah = ~ widak tawaf yang dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah;
~ ifadat tawaf rukun dalam ibadat haji dan umrah;
~ qudum = ~ tiba tawaf kerana selamat tiba di Kaabah yang dilakukan oleh setiap orang yang baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana;
~ sunat tawaf biasa yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja;
bertawaf melakukan (mengerjakan) tawaf:
sedang saya ~ di Baitullah dalam orang bersesak-sesak tiba-tiba tangan saya dilanggar oleh orang perempuan yang sama-sama sedang melakukan tawaf.